PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza hari ini mencuri tumpuan ramai apabila turut menyertai program berbasikal Kayuhan Langkawi RHB di Dataran Marmar, Langkawi, pagi ini.

Dalam acara ini, Siti melakukan kayuhan untuk kategori Warisan dengan mengelilingi pulau itu dengan jarak sejauh 72km.

Pelantun lagu Anta Permana ini telah berjaya menamatkan kayuhan pada jarak tersebut dalam masa tiga jam, 13 minit dan 30 saat, sekali gus berada di tempat ke-22 daripada 1000 peserta.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Siti mendedikasikn medal yang dimenangi itu kepada cahaya mata kesayangannya, Siti Aafiyah.

-Astro Awani

Post a Comment