PENAMPILAN kali pertama penyanyi suara romantis Misha Omar sebagai pembaca berita sangat-sangat mengujakan wanita kelahiran Kelantan itu.

Perkara itu diakui sendiri Misha, yang selesa mengelar diri sebagai ‘Kak Mitch' menerusi muat naik terbaharunya di Instagram.

Misha memuat naik status berkenaan setelah sebaik selesai siaran program Komuniti Awani yang disampaikan beliau pada Ahad.

Malah Misha tidak sembunyikan keterujaannya sehingga sanggup memohon kerja sebagai pembaca berita di Astro AWANI.

Komuniti AWANI bersiaran setiap malam pada jam 8.15 malam.

Selain Misha, bintang-bintang lain yang menyampaikan berita komuniti di ‘Komuniti AWANI’ termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sharifah Amani, Nora Danish dan ramai lagi.

-Astro Awani

Post a Comment