Sekitar pukul 8 malam pada 6 April di taman perumahan Acacia Park Desa Jati Nilai Negeri Sembilan, suspek yang kini dikenal pasti sebagai pelawak dan mungkin seorang petinju Lan Pet Pet menumbuk bahagian muka pak guard yang juga seorang warga emas sebanyak tiga kali. Selain menumbuk muka, Lan Pet Pet juga menendang Pak Guard apabila menegur Lan Pet Pet yang masuk ke kawasan perumahan tanpa kebenaran.

Akhirnya selepas seminggu lebih, Lan Pet Pet mengaku bersalah di mahkamah dan di denda sebanyak RM2,000 sahaja. Beliau mengaku bersikap ganas terhadap seorang warga emas yang tidak terdaya mempertahankan diri.

Bagi yang tidak mengikuti perkembangan isu ini, pada 6 April lalu seorang pengawal keselamatan berusia 70 tahun cedera dibelasah pelawak terbabit di perkarangan pondok pengawal di taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai.

Nama : Mazlan Ahmad ( Lan Pet Pet )
Asal : Kedah
Kerjaya : Pelakon dan Pelawak
Kumpulan : Senario

Post a Comment