Majalah People yang mengatakan Hailey Baldwin telah berkahwin dengan teman lelakinya, Justin Bieber di sebuah mahkamah di New York pada khamis lepas. Walau bagaimanapun ia dinafikan oleh Hailey Baldwin.

“SAYA faham spekulasi yang sedang tersebar sekarang, tetapi saya ingin satu dunia tahu bahawa saya belum berkahwin,” tulis Hailey Baldwin menerusi satu entri dimuat naik di laman Twitternya.

Berita perkahwinan berkenaan mula menjadi perhatian selepas sumber tidak dikenali memberitahu dia telah memperoleh lesen perkahwinan pasangan selebriti itu sejurus mereka berkahwin secara sah di mahkamah.

Baldwin dan Bieber mengikat tali pertunangan di Bahama, Carribean, dua bulan lalu.

Post a Comment