Sahabat beliau, Alwi Mohd. Yunus dipetik Utusan Online sebagai berkata Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
“Pihak Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) kini sedang menguruskan penghantaran pulang jenazah Azhar ke kampung halamannya di Padang Rengas, Perak untuk dikebumikan.
“Pemergian allahyarham adalah satu perkara yang mengejutkan dan kehilangan besar buat kami kerana beliau merupakan inspirasi besar buat rakan-rakan dan adik-adik sesekolahnya di SMKASAS,” maklum Alwi yang juga pengerusi alumni sekolah berkenaan.
Kartini pernah disiarkan majalah Lanun pada akhir 1990-an menampilkan ragam sekumpulan pelajar sekolah menengah agama berasrama.
Watak utama, Ariyon atau Muhammad Asri digambarkan sebagai pelajar nakal dan menaruh hati kepada pelajar junior, watak karikatur bertudung, Kartini. Siri Kartini juga beberapa kali diterbitkan dalam bentuk koleksi. -Malaysiakini
Post a Comment