AHLI grup SHINee, Jonghyun ditemui mati di kediamannya yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul jam 6.30 petang tadi waktu tempatan lapor Channel News Asia.

Pihak berkuasa mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak berkuasa di  dalam sebuah bilik bersama arang batu yang terbakar, satu kaedah bunuh diri biasa di sana.

"Pada jam 4.42 petang tadi, kakak Jonghyun melaporkan bahawa adiknya akan membunuh diri, kami segera ke kediamannya dan mendapati dia telah melakukan percubaan tersebut menggunakan briket arang.

"Kami segera memberikan bantuan kecemasan dan membawanya ke Hospital Universiti Konkuk kerana dia menunjukkan simptom serangan jantung," katanya.

Sebab kematian adalah kerana keracunan karbon monoksida.

-Sinarharian

Post a Comment