AHMAD ZAHID HAMIDI (kiri) dan Hamidah Khamis (kanan) bersama pasangan pengantin, Nurulhidayah dan Saiful Nizam bergambar kenangan selepas majlis akad nikah berlangsung di Mekah, Arab Saudi 

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Nurulhidayah iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Nurulhidayah, kesyukuran dipanjatkan pada Allah kerana segala urusan pernikahan beliau dengan Saiful Nizam berjalan lancar.

“Syukur pada Allah kerana segala yang dirancang berjalan lancar. Saya tidak mampu mengucapkan betapa gembira dan bersyukurnya kerana niat untuk mendirikan rumah tangga di masjid paling agung dimakbulkan olehNya.

“Bahkan, saya juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan kerana ahli keluarga khususnya abah dan mak serta ahli keluarga dan kenalan terdekat turut bersama-sama meraikan hari bahagia saya,” kata Nurulhidayah kepada UTUSAN ONLINE secara eksklusif menerusi kiriman mesej WhatsApp sebentar tadi.

Pada majlis pernikahan di masjid teragung umat Islam itu, Nurulhidayah menerima sebentuk cincin serta sejumlah wang mas kahwin dan hantaran daripada suaminya.

Turut hadir pada majlis pernikahan itu ialah ibu Nurulhidayah, Datin Seri Hamidah Khamis dan pasangan suami isteri Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Siti Nurhaliza. - Utusan


Post a Comment