Pelakon popular, Iqram Dinzly menyangkal dakwaan yang mengatakan dia melakukan hubungan songsang dengan seorang pelajar Malaysia di London, tambah memburukkan keadaan lagi, Iqram juga didakwa mengirim gambar kemaluan lelaki untuk tatapan pelajar itu.

"Ya, saya mengakui saya masuk ke kelab malam tersebut tetapi ia hanya sekadar ingin melihat suasana dan meluangkan masa bersama rakan-rakan. Namun saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya melakukan hubungan songsang kerana ia tidak mempunyai bukti.

"Dia merupakan teman saya. Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja. Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga. Bagi saya ia tidak menjadi masalah," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Iqram lagi, tidak mungkin dia akan melakukan hubungan terlarang itu kerana mereka hanya berkawan biasa sahaja, tambahan spekulasi tersebut tidak benar kerana tiada sebarang bukti langsung.

Dalam perkembangan lain, Iqram baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama "Kalau Hati Ini Rama-Rama" di Bosnia dan sebuah telemovie "Meniti Cinta di Stari Most" terbitan RTM.

Iqram turut memberitahu dia juga bakal terlibat dalam filema animasi "Upin & Ipin" terbaru yang dijadualkan bermula pada Jun ini.

Klik Disini untuk membaca lanjut info Pelakon popular lakukan hubungan songsang.




Lazada Malaysia

Post a Comment