"Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.
"Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum.
"Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin.”
Luahan ini diterima oleh krew berita yang ingin mengetahui masalah rumahtangga Fiza dan Adam yang dikatakan retak setelah Fiza gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.
Post a Comment