Jakarta: Legenda muzik, komposer dan pemain biola terkenal Indonesia, Idris Sardi, 76, meninggal dunia di Hospital Meilia, Cibubur, Jakarta, jam 7.25 pagi tadi kerana menghidap penyakit paru-paru.

Beliau pernah berkahwin dengan aktres Marini dan mempunyai dua anak yang juga pelakon Santi Sardi dan Lukman Sardi daripada perkahwinan pertamanya dengan Zerlita.

Allahyarham mula sakit sejak Disember 2013. Antara skor muzik yang pernah dihasilkan beliau adalah untuk filem Pengantin Remaja (1971), Cinta Pertama (1974) dan Doea Tanda Mata (1985).




Post a Comment