Selepas beberapa kali menafikan berlaku keretakan rumahtangga, penyanyi dan pelakon terkenal, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite akhirnya sah bercerai secara fasakh dengan suaminya, Adam AF sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Lafaz itu dibuat oleh Adam pada jam 1.05 tengah hari dihadapan Hakim, Mohd Nazri Basrawi secara tertutup.Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September 2013 selepas dua bulan berkenalan.Perkahwinan yang berusia tujuh bulan ini merupakan yang kedua bagi Fiza. Sebelum ini, bekas penyanyi kumpulan Elite itu bercerai dengan Ahmed Fariq Zainul Abidin pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata.


Kelihatan Fiza Elite (depan) ketika hadir di Mahkamah Syariah Shah Alam bagi mengikuti kes cerai secara fasakh dengan suaminya, Adam AF, tengah hari tadi. 


Semoga mereka berdua menemui kebahagian abadi yang hilang.



Post a Comment