Konsert berkenaan lebih bermakna kerana penyanyi itu baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43, kelmarin.
Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu membuktikan diri dan bakatnya masih utuh di liga tersendiri saat muncul di pentas jam 9.05 malam disambut jeritan dan teriakan penonton. Penganjuran konsert anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music ini juga sebagai simbolik 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.
Dendang 20 lagu
Tampil dengan gaya klasik dengan beberapa persalinan, Anuar mendendangkan 20 lagu, termasuk yang memperkenalkannya di arena seni, Kain Pelikat selain lagu hits seperti Bila Resah, Keabadian Cinta, Semua Untukmu, Sedetik Lebih dan Ketulusan Hati.
Sepanjang lebih dua jam menghiburkan penonton, Anuar turut mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas.
Konsert yang dipimpin Mac Chew sebagai pengarah muzik turut menyaksikan tayangan perdana klip video lagu Sempurnakan Aku kesinambungan kepada lagu Ajari Aku.
Lebih manis, konsert itu turut menampilkan penyanyi bervokal emas, Adibah Noor dan Dina Nadzir sebagai penyanyi latar selain Elvina Arul serta Russel Curtis mengiringi persembahan lagu Cinta Harus Memiliki.
Penonton juga dipersembahkan dengan paparan visual dan grafik menarik ilham Amri Ginang selain penataan cahaya lampu rekaan Steve Ho Of SES.
Konsert berkenaan disokong akhbar, televisyen serta radio kumpulan Media Prima Berhad iaitu BH, Harian Metro, TV3, ntv7 dan Hot FM sebagai media rasmi selain blog Sensasi Selebriti (Budiey) serta majalah Media Hiburan.
Post a Comment