tupai.com.my

Ahli kumpulan lelaki terkenal The Wanted, Max George akhirnya tampil menafikan spekulasi ramai tentang hubungannya dengan selebriti bermasalah, Lindsay Lohan menerusi laman sosial Twitter.

Apabila seorang peminat bertanya jika dia telah beralih arah daripada bekas teman wanitanya, Michelle Keegan kepada Lohan, George menafikan dengan jawapan "tidak".

"Jika anda bercinta dengan Lindsay, saya akan mati," kata seorang lagi peminat.
"Saya tidak, oleh itu anda tidak perlu risau!", ujar jejaka berusia 24 tahun ini lagi.

George sekali lagi tegas menafikan hubungan mereka dengan berkata, "Khabar angin. Itu sahaja. Seperti saya katakan, 1 juta peratus!"

Sebelum ini selebriti berusia 26 tahun itu seringkali dilihat di beberapa konsert The Wanted dan menghabiskan masa bersama George dan ahli-ahli kumpulan yang lain dengan berparti sehingga menimbulkan tanda tanya status hubungan mereka.

Post a Comment