Ummi Hafilda cakap dia cukup bersabar dengan cacian Azwan Ali dan dalam masa yang sama Ummi Hafilda belum puas mencaci Azmin Ali..keluarga dah kiamat.. |
Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, kini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya sendiri, Ummi Hafilda Ali pada Jumaat lalu.
Azwan yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya melalui laman sosial, Twitter. Penahanan Azwan dibuat setelah Ummi Hafilda membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Kes ini bagaimanapun dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.
Ummi Hafilda dalam kenyataannya kepada akhbar tabloid, Harian Metro hari ini memberitahu dia telah lama bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. Namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.
"Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.
"Azwan mengajak pengikut Twitter miliknya membunuh saya dengan menulis 'Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar'.
"Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurut Ummi Hafilda lagi, meskipun perit serta sedih dengan ugutan bunuh itu namun dia sedia memaafkan abang kandungnya dengan beberapa syarat termasuk Azwan perlu membuat perakuan bersumpah secara bertulis dan memohon maaf secara terbuka.
Azwan bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung ugutannya itu kerana difahamkan telefon bimbit miliknya kini dirampas polis bagi membantu siasatan.
dipetik di http://www.murai.com.my
Post a Comment