MUMBAI: Ketika ramai pelakon wanita berusaha untuk menurunkan berat badan atas alasan menjaga kesihatan bagi menunjukkan penampilan lebih seksi, aktres Zarine Khan (atas) pula meng-anggap dirinya tidak sesuai memakai bikini dan menafikan menggunakan pakaian menjolok mata itu dalam filem terbarunya, Housefull 2.

“Tiada adegan beraksi dengan bikini dalam Housefull 2, dan lebih penting lagi, saya tidak memiliki tubuh sesuai untuk pakaian itu,” kata Zarine yang memulakan kerjaya di Bollywood bersama Salman Khan dalam filem Veer yang tidak mendapat sambutan.

Housefull 2 arahan Sajid Khan adalah filem komedi yang turut dibintangi Akshay Kumar, Ritesh Deshmukh, John Abraham, Jacqueline Fernandez dan Asin.

“Saya tidak ada persediaan khusus untuk watak filem itu tetapi turut ke gimnasium dan berusaha menjayakan peranan glamor supaya setanding dengan watak aktres lain,” kata pelakon berusia 23 tahun itu yang hampir seiras dengan Katrina Kaif.

Tetapi, dia mengakui teruja untuk berganding dengan aktor Ritesh Deshmukh.

“Kami baru saja menghabiskan penggambaran mengikut jadual di London dan ia sungguh menyeronokkan. Mengenai lakonan saya, Ritesh dan Sajid pasti membantu jika saya membuat kesilapan,” katanya.
Kali terakhir beliau mengalinkan lagi ialah ketika berganding dengan Salman dalam filem Ready tetapi menekankan dia tidak akan melakukan sesuatu aksi yang dianggap lucah dalam adegan menyanyi.

“Saya sudah tolak banyak lagi kerana menganggap lakonan diperlukan lucah. Saya tidak akan lakukan sesuatu yang berbaur lucah,” katanya lagi.

Apapun, Zarine berharap filem terbarunya akan membantu orang ramai mengetahui lebih banyak mengenai dirinya.

“Saya tidak muncul terlalu banyak kali di khalayak ramai kerana saya rasa ramai yang masih belum lupakan saya dalam Veer.

“Dalam filem Ready, mereka nampak diri saya yang lebih baik dan mereka akan terus mengikuti lakonan saya selepas ini,” kata Zarine. – Agensi

Post a Comment