Sebaik membaca tajuk artikel itu, saya sangka Faizal Tahir buat video panas yang berunsur seks. Rupanya Faizal Tahir buat video klip berunsur keganasan. Itu menurut berita yang saya baca di akhbar berita Harian.
Saya mencari klip video yang dikatakan melampau itu di you tube. Setelah diamati video tu mengisahkan seorang bapak yang disifatkan haruan makan anak dimana si bapa melacurkan anak kandungnya semata-mata mendapatkan wang. Si bapak yang di tangkap polis kemudiannya di sumbat ke dalam penjara. Walaupun bapak gadis itu sudah di masukkan dalam penjara tetapi si gadis yang dilacurkan itu masih menaruh dendam terhadap bapaknya.
Si bapak yang sudah insaf akan kesalahannya memohon maaf tetapi lehernya dikerat oleh anaknya masih menaruh dendam yang menebal terhadap bapaknya. Kemudian nampaklah darah memancut dari leher si bapak.
Saya tidak pasti bahagian mana yang melampau. Mungkin semasa anak itu dilacurkan dan ketika adegen sembelih leher bapak gadis itu. Kejam memang kejam tetapi inilah yang sudah berlaku sekian lamanya di Malaysia.
Mari sama-sama tonton video klip melampau ni...
Post a Comment