Peserta berkumpulan, Kecik dianggotai Mohd Ilham Rusdy atau Achoe, 19, dan Safuan Madeaming atau Wan, 20, mengulangi kejayaan kumpulan Sepah tahun lalu apabila diumumkan Juara Raja Lawak 4, di sini, malam tadi.
Dua sahabat dari Sabah itu berkongsi hadiah wang tunai RM14,000, kereta Naza Sorento dan barangan elektrik serta trofi. Kecik meraih undi terbanyak pada pertandingan peringkat akhir di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Kemenangan ditentukan sepenuhnya menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton. Rancangan dihoskan Mohd Razizan Ab Razak (Zizan) dan Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz (Johan) itu disiarkan secara langsung di Astro Prima.
Peserta Kedah, Khairul Idlan Abdul Razak, 21, menduduki tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM11,000 dan kereta Naza Optima, manakala ketiga, Alexander Ahat atau Alex, 28, dari Papar, Sabah, membawa pulang motosikal Naza Blade 250R serta wang tunai RM8,000.








Post a Comment