Penyanyi popular yang juga dikenali raja sms Mawi akan bernikah dengan Ekin pada 20 Disember ini. Pernikahan Mawi dan Ekin akan disiarkan secara langsung di Astro. Astro telah diberi hak menyiarkan perkahwinan Mawi sebagai membalas jasa mempopularkan Mawi. Mawi adalah orang kedua melakukan perkahwinan secara langsung selepas Datuk Siti.

Majlis akhad nikah Mawi akan dilangsungkan disebuah masjid di Johor. Kenduri kahwin pengantin lelaki akan diadakan di Dewan Felda Taib Andak pada 28 Disember. Manakala majlis istimewa Mawi dan Ekin akan dilangsungkan di Palace Of Golden Horses pada 11 Januari tahun depan.

Mawi dan rakan-rakan akademi fantasia akan mengadakan konsert khas di felda pada 27 Disember.

Pengurusan Astro menjelaskan program khas perkahwinan Mawi diadakan sebagai menghargai dan menyokong Mawi.

Semoga Mawi akan hidup sebagai suami isteri dengan Ekin sehinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. Semoga mawi dan Ekin bahagia dan dapat menempuh segala cabaran dalam hidup. Bukanlah menjadi harapan peminat tahun ini mawi kahwin, tahun depan bercerai. Tuhan itu tidak jahat sehingga sanggup memisahkan pasangan suami ieteri tetapi manusialah yang jahat kerana tidak pernah puas.

Post a Comment