Waaa ! ini ada satu berita tergempar mengenai seorang pelakon drama didapati mencuri pakaian di pasaraya Jasco. Ini cerita betul-betul dan bukannya gossip. Nilai kesemua barang yang dicurinya bukan sedikit oii. Bukan ratusan ringgit tapi ribuan ringgit. Mengikut sumber yang boleh dipercayai nilai kesemua pakaian yang pelakon curi tu RM1,666. Jumlah ni adalah untuk 25 helai baju. Macam manalah dia curi tu ya ?

Gossip !? Sekali lagi ditegaskan ini bukan gossip. Kes ini berlaku pada 1 September 2008 di Jasco sekitar 6.45 petang oii. Pelakon itu sendiri pun mengaku dia mencuri 25 helai pakaian yang bernilai RM1,666 dihadapan majistret K Pavani. Pelakon drama membayar jaminan sebanyak RM2000 selepas dia mengaku salah. Khabarnya dia dijamin oleh saudaranya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Dahsyat sungguh perangai pelakon satu ni. Bulan yang mulia pun berniat untuk mencuri juga. Begitulah kalau pegang watak pencuri dalam lakonan. Di luar layar pun terbawa-bawa jadi pencuri juga. Apalah dalam fikiran si Noraiza Suzila ni sehingga sanggup mencuri.

Janganlah bergaya nak pakai pakaian mahal-mahal kalau tak mampu beli. Pakai saja yang murah-murah asalkan dapat menutup kemaluan. Bila kedapatan mencuri, bukankah lebih besar kemaluannya daripada memakai pakaian murah ! Satu Malaysia tahu beb !!! Pelakon lagi tu. Inilah kehidupan seorang artis yang sukakan glamour. Kedapatan mencuri pun boleh mempopularkan diri juga..hee. Kehidupan seorang pelakon ! berlakon sebagai pencuri yang benar-benar didakwa di mahkamah. Berdiri bulu roma ku..

Anda tahu siapa artis ini ? saya pun tak kenal. Saya pun mengetahui berita ini di Berita harian. Satu lakonan kot ???!

Post a Comment